Saturday, May 22, 2010

Tentang Kem "I Love Solat"

PENGENALAN

Kursus I LOVE SOLAT CAMP ini lahir atas kesedaran kami bahawa solat adalah penentu kepada kecemerlangan setiap insan. Seruan azan yang dialunkan untuk menyeru kepada solat terkandung di dalamnya laungan ‘Marilah Menuju Kejayaan’. Kejayaan yang dimaksudkan bukan sahaja ditujukan kepada kecemerlangan di akhirat, malahan yang lebih penting kecemerlangan di dunia. Lantaran kecemerlangan sebenar-benarnya di dunia jambatan kejayaan di akhirat sana. Seorang pelajar cemerlang bukan sahaja yang cemerlang keputusan akademiknya, tetapi yang cemerlang sahsiahnya, terserlah kepimpinannya, subur akhlaknya dan terjaga imannya. Kecemerlangan ini hanya akan lahir dari solat yang sempurna. Solat seperti ini lahir dari kesedaran dari dalm diri sendiri.

Apa Yang Peserta Bawa Pulang Selepas Program?

· Kesedaran tentang kewajipan solat dan solat dengan kerelaan diri.

· Solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

· Ilmu tentang perkara-perkara sebelum solat seperti wudhu’,tayamum dan mandi wajib

· Bekalan zikir-zikir dan doa-doa sebagai bekalan untuk diri.

· Lebih bermotivasi dan sentiasa yakin akan potensi diri menjadi lebih cemerlang.

· Ibu bapa akan diberikan ringkasan tahap pencapaian anak-anak selepas program.

· Nota rujukan untuk bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan dalam solat.

· Peserta-peserta juga dibekalkan sijil selepas program.

OBJEKTIF

- kesedaran tentang “Why We Must Solat”

- peserta memahami secara teori & praktikal fardhu ain seperti di dalam solat, wudhu, tayamum dan mandi wajib.

- memahami masalah dan persoalan semasa berkenaan fardhu ain.

TEMA

Tahu, Mahu, Mampu

No comments:

Post a Comment